I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, April 23, 2010

bulan kesihatan SKBS

Pertandingan Bola Jaring Peringkat Negeri

Pada 04 mei ini akan berlangsungnya pertandingan Bola Jaring Peringkat Negeri Melaka. Sebanyak 62 pasukan dari sekolah-sekolah kebangsaan negeri Melaka akan menyertai pertandingan ini yang akan berlangsung di padang SMK Padang Temu. Pasukan SKBS turut menyertai pertandingan ini dan akan bersaing dalam kumpulan

Thursday, April 22, 2010

PERTANDINGAN TEN PIN BOWLING SKBS

Kelab guru SKBS akan mengadakan pertandingan ten pin bowling sempena sambutan hari guru 2010.. pertandingan akan diadakan di pusat bowling MIBC pada 17/05/2010... diharap semua guru yg mengambil bahagian bersedia untuk menghadapi pertandingan ini..

Wednesday, April 21, 2010

pertandingan bola baling MSSNM 2010

esok 22/04/2010 akan berlangsungnya pertandingan bola baling peringkat negeri. SKBS akan menyertai pertandingan tersebut bg kategori lelaki 12 thn..
seramai 10 org murid dari thn 5 dan thn 6 telah dipilih oleh jurulatih iaitu en. raja faidil utk mengalas tugas getir ini... perlawanan akan berlangsung di padang SMK Telok Mas.
pasukan SKBS akan menentang
1. SKBS vs SK Sempang
2. SKBS vs SK Paya Rumput
3. SKBS vs SK Serkam Darat
4. SKBS vs SK Durian Tunggal
besar harapan warga SKBS untuk melihat wira-wira cilik SKBS melakar sejarah pd edisi kali ini...
sama-samalah kita mendoakan kesungguhan, semangat dan kejayaan mereka untuk mencapai hasrat ini....

Tuesday, April 20, 2010

kenangan......



pusat akses SKBS

Jom Tengok Apa Yang Ada Di SKBS


selamat datang ke SK Bukit senggeh...

Latar Belakang SK Bukit Senggeh

Sekolah Kebangsaan Bukit Senggeh telah ditubuhkan oleh kerajaan pada tahun 1883. Pengasasnya ialah Penghulu Kulup bin Benci.
Pada awal penubuhannya, sekolah ini hanya mempunyai sebuah bangunan kayu 18 meter panjang dan 14 meter lebar. Bertiang batu besar yang berjumlah 24 batang dengan ketinggian satu pertiga meter. Bangunan beratap nipah ini menggunakan papan hitam sebagai pemisah diantara dua bilik darjah.
Semasa dibuka, cuma seorang sahaja guru yang diketahui mengajar di sini iaitu Cikgu Mohd. Din bin Araf dengan menggunakan kelas bercantum bagi 20 orang muridnya. Mengikut Buku Pendaftaran Murid sekolah ini, sehingga 04.06.1907, selepas 25 tahun ditubuhkan, seramai 267 orang murid telah bersekolah di sini.
Pada awal penubuhannya, tiada kemudahan asas disediakan. Murid-murid datang ke sekolah dengan berjalan kaki. Tidak ada pengangkutan khas atau jalan raya kecuali kereta lembu. Walau bagaimanapun sekolah ini terletak di tepi laluan yang menghubungkan Pekan Selandar dan Pekan Nyalas.

Nama sekolah ini telah berubah beberapa kali mengikut keadaan semasa dari Sekolah Melayu kepada Sekolah Umum dan seterusnya kepada Sekolah Kebangsaan Bukit Senggeh seperti sekarang.
Dalam tahun 1963, sekolah ini telah mendapat bangunan tambahan yang pertama dari peruntukan kerajaan terdiri dari satu blok bangunan separuh kekal 6 bilik darjah dan sebuah kantin. Bangunan ini telah dirasmikan oleh YB Hassan bin Mansor, mewakili YAB Encik Abd. Ghafar bin Baba, Ketua Menteri Melaka ketika itu.
Pada tahun 1978, sebuah lagi bangunan tambahan telah dibina. Bangunan batu dua tingkat ini mengandungi 4 bilik darjah, pejabat, bilik guru, tandas dan setor, untuk menampung pertambahan murid yang datang dari Sekolah Kebangsaan Jus. Bangunan ini digunakan pada 01.08.1979 dengan kemudahan elektrik dan air paip dari perigi pam. Pada 07.02.1982, kemudahan air paip dari Lembaga Air diperolehi.
Lembaga Pengurusan Sekolah ditubuhkan pada 01.01.1958 dengan Pengerusi pertamanya Tuan Haji Ahmad bin Haji Joned. Manakala Persatuan Ibubapa dan Guru ditubuhkan pada 05.11.1966 dengan Encik Minhat bin Nayan sebagai pengerusinya yang pertama.